Seorang penganggur ditahan reman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kejadian membunuh bekas abang iparnya di Kampung Berangan Enam, Jasin, Melaka pada pagi Aidilfitri semalam.
Perintah tahanan reman sehingga 20 mei terhadap penganggur berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Lee Kim Keat.